Friday 6 December 2013

sakit...

Kadangkala penat memikirkan apakah kesalahanku. Perkara remeh temeh pun dijadikan hal besar. Ada  je salah dan silapku yang tidak aku ketahui punca. Aku ibarat bawang putih dan dia Mak Kundur. Tapi ini bukan soal anak tiri dan mak tiri tapi ini soal cinta yang ditirikan. Kenapa perlu cinta yang penuh dengan tangisan? Kenapa harus aku yang sering di anggap punca pergaduhan? Ya Allah ujian apakah ini Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim? Butakah aku kerana mencintainya sedangkan aku boleh dapat yang lagi baik dari dia? Ataukah aku yang tak pernah mahu bersyukur? Aku ke yang tak bersyukur atau dia yang buta menilai luhurnya cinta aku?

“Dalam hidup ini hanya sekali sahaja Allah meanugerahkan orang yang betul-betul mencintai kita. Kita tidak pernah tahu siapa dia. Hargailah dia selagi dia masih bersama kita. Jagalah dia sebaik-baiknya. Tapi kita sering leka. Sering melukakan hatinya dan tidak pernah cuba tuk menghargainya. Tiba satu saat dia pergi meninggalkan kita baru kita sedar dan mencarinya. Saat itu tiada guna lagi walau air mata darah sekalipun sebab dia telah pergi untuk selama-lamanya. Tiada peluang kedua untuk memilikinya lagi. Hargailah dia yang menyayangi kita sebelum terlambat.”

“Memberi cinta biarlah pada yang sudi bukan meminta pada yang simpati.”


         Perlu ke untuk aku terus melupakannya dan mencari cinta lain yang tulus. Atau aku perlu menanti dengan  kesabaran sebab aku yakin setiap kesedihan yang aku alami pasti ada kemanisannya nanti.