Kadangkala penat memikirkan apakah kesalahanku. Perkara remeh
temeh pun dijadikan hal besar. Ada je
salah dan silapku yang tidak aku ketahui punca. Aku ibarat bawang putih dan dia
Mak Kundur. Tapi ini bukan soal anak tiri dan mak tiri tapi ini soal cinta yang
ditirikan. Kenapa perlu cinta yang penuh dengan tangisan? Kenapa harus aku yang
sering di anggap punca pergaduhan? Ya Allah ujian apakah ini Ya Allah Ya Rahman
Ya Rahim? Butakah aku kerana mencintainya sedangkan aku boleh dapat yang lagi
baik dari dia? Ataukah aku yang tak pernah mahu bersyukur? Aku ke yang tak
bersyukur atau dia yang buta menilai luhurnya cinta aku?
“Dalam hidup ini hanya sekali sahaja
Allah meanugerahkan orang yang betul-betul mencintai kita. Kita tidak pernah
tahu siapa dia. Hargailah dia selagi dia masih bersama kita. Jagalah dia
sebaik-baiknya. Tapi kita sering leka. Sering melukakan hatinya dan tidak
pernah cuba tuk menghargainya. Tiba satu saat dia pergi meninggalkan kita baru
kita sedar dan mencarinya. Saat itu tiada guna lagi walau air mata darah
sekalipun sebab dia telah pergi untuk selama-lamanya. Tiada peluang kedua untuk
memilikinya lagi. Hargailah dia yang menyayangi kita sebelum terlambat.”
“Memberi cinta biarlah pada yang sudi
bukan meminta pada yang simpati.”
Perlu ke untuk aku terus melupakannya
dan mencari cinta lain yang tulus. Atau aku perlu menanti dengan kesabaran sebab aku yakin setiap kesedihan
yang aku alami pasti ada kemanisannya nanti.